Wasiat Nabi Muhammad SAW kepada
Sayidina Ali
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN itu ada tiga tandanya :
1. Tidak terpaut
hatinya dengan harta
2. Tidak terpesona
dengan pujuk rayu
3. Benci terhadap
perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada tiga tandanya :
1. Jujur dalam
kata-katanya
2. Menjauhi segala
yang haram
3. Merendahkan
diri
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada tiga tandanya :
1. Merahsiakan
ibadahnya
2. Merahsiakan
sedekahnya
3. Merahsiakan
ujian yang menimpanya
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada tiga tandanya :
1. Takut berlaku
dusta dan keji
2. Menjauhi
kejahatan
3. Memohon yang
halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali, ada tiga tanda AHLI IBADAH :
1. Mengawasi
dirinya
2. Menghisap
dirinya
3. Memperbanyakkan
ibadah kepada Allah SWT
~ Renungan ~
Marilah kita hidup seperti orang
yang menanti mati,
kerana ingat mati itu akan
mengecilkan segala derita,
akan mencairkan segala alpa,
kiranya inilah detik terakhir,
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa hanya
sedetik CUMA…
Itu lebih bermakna.
sumber : www.koguru.net
